Sunday, August 29, 2010

Anatomi Manusia

1.0 PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI

1.1 Anatomi Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksudmemotong atau membelah anggota
badan untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop.

1.2 Fisiologi Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita.

1.3 Organisasi Struktur Manusia Tubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom dan berada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabung sesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Sel merupakan benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai pengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO2 daripada tubuh manusia.
Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsi khusus yang sama. Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisu epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf.


ANATOMI DAN FISIOLOGI

Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenis tisu seperti hati, ginjal dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan beberapa organ yang berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu seperti organ-organ sistem respiratori. Seterusnya, aras organisasi tertinggi ialah aras organisma yang merangkumi kesemua aras yang berfungsi untuk mencapai kesejahteraan kehidupan
Rajah 1: Aras Kompleksiti Struktur Manusia 2

ANATOMI DAN FISIOLOGI  1
Sistem-sistem Tubuh Manusia Terdapat 11 jenis sistem tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi khusus. Rajah 2: Jenis-jenis Sistem Tubuh Manusia 3

ANATOMI DAN FISIOLOGI  2
Jenis-jenis Sistem Tubuh Manusia 1. Sistem Integumentari Rajah 3:Struktur Kulit Rajah 4:Struktur Kuku Komponen Utama Fungsi Kulit
Rambut
Kuku
Kelenjar peluh

• Melindungi dan mengelak kecederaan pada tisu-tisu dalaman • Pembalut luar tubuh • Sintesis vitamin D • Peka pada rangsangan sakit, sejuk, panas, tekanan dan sentuhan. • Mengkumuhkan air, asid urik dan lebihan garam mineral.

ANATOMI DAN FISIOLOGI  3
Sistem Rangka Komponen Utama Fungsi Tulang rangka
Kartilej
Ligamen
Sendi

• Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan • Menyokong berat badan • Melindungi organ-organ dalaman • Tuas untuk pergerakan badan • Lokasi pembentukan sel darah merah dan putih serta platelet dalam sum-sum tulang • Lokasi perlekatan otot 5

ANATOMI DAN FISIOLOGI 4
Sistem Otot Komponen Utama Fungsi Otot rangka • Menghasilkan lokomotor • Mengekalkan postur badan • Menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot • Mempamerkan ekspresi muka • Menstabilkan sendi





ANATOMI DAN FISIOLOGI 5
Sistem Saraf Komponen Utama Fungsi Otak
Saraf tunjang
Saraf periferi
Reseptor

• Sistem kawalan tindak balas pantas badan • Mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima. • Menyimpan maklumat yang diterima 7

ANATOMI DAN FISIOLOGI 6
Sistem Endokrin Komponen Utama Fungsi Kelenjar: Tiroid
Pituitari
Adrenal
Pankreas

• Kelenjar merembeskan hormon untuk menyelaras dan
mengawal atur proses fungsi tubuh seperti pertumbuhan,
reproduktif dan metabolisma

• Mengubahsuai aktiviti sistem organ-organ yang lain dengan
bertindak balas secara perlahan terhadap struktur atau
persekitaran.


ANATOMI DAN FISIOLOGI 7
Sistem Kardiovaskular Komponen Utama Fungsi Jantung
Darah
Salur darah

• Jantung mengepam darah • Darah merupakan pengangkutan utama badan dengan
membawa hormon, nutrien dan oksigen ke seluruh badan
serta bahan kumuh seperti karbon dioksida ke sistem
respiratori

• Salur darah menyerap oksigen dari paru-paru ke jantung secara resapan .

ANATOMI DAN FISIOLOGI  8
 Komponen Utama Fungsi Nodus limfa
Pembuluh limfatik
Duktus torasik

Timus • Rumah kepada sel darah putih yang menjadi sistem pertahanan badan • Menghasilkan limfosit • Mengangkut bahan kumuh dari tisu ke sistem darah untuk diuraikan oleh hati 8. Sistem Respiratori 10

ANATOMI DAN FISIOLOGI  9
Komponen Utama Fungsi Rongga hidung
Farinks
Larinks
Bronkiol
Paru-paru

No comments:

Post a Comment